Kehidupan peribadi Juliana_Evans

Beliau pernah dikaitkan bercinta dengan penyanyi Adam pada tahun 2006 dan diyakini bahawa nama beliau diabadikan dalam lagu popular Adam berjudul "Hai". Bait-bait liriknya dipercayai telah ditujukan kepada Juliana, malah dipersembahkan ketika acara Separuh Akhir IKON 2007. Namun hubungan cinta mereka khabarnya berakhir ketika lagu tersebut mendaki carta popular pada pertengahan 2007.

Pada tahun 2008 Juliana mengakui menjalinkan hubungan dengan vokalis utama kumpulan Bunkface iaitu Sam Baharom (abang kepada rakan karib Juliana, pelakon Siti Saleha).[19] Biarpun mengiyakan, namun pasangan ini bertindak low profile ketika berhadapan dengan media.[20] Hubungan cinta mereka dilaporkan putus pada awal tahun 2010.[21]

Juliana juga sebelum ini dilaporkan pernah menjalin hubungan intim dengan pelawak, Zizan ketika sama-sama berlakon dalam filem Hantu Bonceng.[22][23]

Pada tahun 2017, Juliana sah bergelar isteri kepada Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah. Suaminya merupakan kerabat diraja Selangor. Juliana berkata bahawa beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam kehidupan rumah tangga dan berharap agar peminatnya terus mendoakan kebahagiannya.[1]

Pada Mac 2019, Juliana mengumumkan bakal menimang cahaya mata sulung selepas hampir dua tahun mendirikan rumahtangga. Menurut beliau: "Saya gembira untuk mengumumkan bahawa tiga bulan lagi saya bakal bergelar ibu. Suami dan saya sangat teruja untuk menjadi ibu dan bapa. Terima kasih atas semua doa,"[24][25][26]

Pada April 2019, beliau dikatakan bahawa beliau pernah berkrisis dengan Kaka Azraff.

Pada 13 Julai 2019, beliau melahirkan anak perempuannya yang bernama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah Tengku Shariffuddin.[27][28][29][30]

Rujukan

WikiPedia: Juliana_Evans http://209.85.175.104/search?q=cache:swIVW2MbTTwJ:... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/juliana-e... http://www.imdb.com/name/nm3111875/ http://bm.therakyatpost.com/buzz/2015/04/17/julian... http://www.gua.com.my/hiburan/berita-hangat/Hantu_... http://www.hmetro.com.my/node/225609 http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&d... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://www.kosmo.com.my/hiburan/juliana-evans-deda... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/200...